Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Kemas Kini iOS iOS 10.0.2 Menyelesaikan Masalah EarPods Gagal Berfungsi

Minggu lalu kami melaporkan masalah EarPods Lightning gagal berfungsi selepas digunakan selama lima minit. Ini sedikit menjengkelkan kerana tahap kekuatan suara dan penggunaan siri terjejas. Apple mengakui masalah ini melanda sebilangan kecil pengguna dan menjanjikan penyelesaian dengan pantas. Hari ini kemas kini iOS 10.0.2 boleh dimuat turun dan seperti dijanjikan menyelesaikan masalah audio ini.

ios-10-0-2Selain memperbaiki pepijat EarPods, iOS 10.0.2 memperbaiki masalah aplikasi Photos gagal berfungsi sekiranya menggunakan iCloud dan masalah melibatkan aplikasi tertentu. Apple hanya memerlukan masa tiga hari untuk menyelesaikan masalah ini. Kami sedar ramai pembaca Amanz adalah pengguna Android yang tidak menggemari iOS. Tetapi hakikatnya ialah Apple memang lebih pantas mengeluarkan kemas kini apabila masalah dikesan.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Kemas Kini iOS iOS 10.0.2 Menyelesaikan Masalah EarPods Gagal Berfungsi"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info