Sembang Maniac

Sembang-sembang je

iPhone 7 Plus Dilengkapi RAM Sebesar 3 Gigabyte

Apa ada dengan RAM? Pada komputer desktop lebih banyak RAM yang ada lebih banyak aplikasi dapat dilancarkan tanpa komputer mengalami masalah sela masa. Konsep yang sama digunakan pada peranti pintar mudah alih di tangan anda. Peranti iOS selama ini terkenal dengan saiz RAM yang rendah kerana pengoptimasian yang dilakukan pada perisian. Pada peranti Android pula saiz RAM 6 Gigabyte kini sudah mula digunakan seperti pada OnePlus 3.

iphone-7-plus-ram

Penanda aras untuk iPhone 7 Plus menunjukkan bahawa ia iPhone pertama yang dilengkapi RAM sebesar 3 Gigabyte. Sebaliknya iPhone 7 dilengkapi RAM sebesar 2 Gigabyte seperti model tahun lalu. Saiz yang lebih besar diperlukan kerana sistem dwi-kamera yang digunakan oleh 7 Plus. iPad Pro masih lagi merupakan peranti iOS dengan saiz RAM terbesar iaitu 4 Gigabyte.

 



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "iPhone 7 Plus Dilengkapi RAM Sebesar 3 Gigabyte"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info