Di negara membangun, Rotavirus gastroenteritis adalah penyebab utama kematian kanak-kanak dan mengakibatkan sebanyak setengah juta kematian setiap tahun di kalangan kanak-kanak di bawah usia lima tahun.
Rotavirus adalah sejenis virus berbahaya yang menjadi punca cirit-birit teruk terutama di kalangan kanak-kanak.
Ia bukan sahaja berjangkit di kalangan bayi, malah kanak-kanak yang berusia di bawah lima tahun juga berpotensi dijangkiti virus berbahaya ini.
Rotavirus menjangkiti dan merosakkan sel-sel usus kecil yang mengakibatkan gastroenteritis. Ia adalah penyebab utama cirit-birit dehidrasi yang teruk di kalangan bayi dan kanak-kanak.
Rotavirus tidak memilih mangsa dan tempat untuk dijangkiti walaupun berada di tempat dengan air bersih dan sanitasi yang baik.
Hampir semua kanak-kanak akan dijangkiti rotavirus menjelang usia lima tahun.
Kajian terkini menunjukkan bahawa 86.1 peratus daripada kes gastroenteritis rotavirus berlaku dalam kalangan kanak-kanak yang berusia antara tiga hingga 35 bulan.
Mengekalkan tahap kebersihan yang tinggi sahaja adalah tidak mencukupi untuk mencegah jangkitan rotavirus.
Namun demikian, vaksin rotavirus telah didapati paling berkesan dan selamat dalam pencegahan jangkitan rotavirus di kalangan kanak-kanak.
Ibubapa di Malaysia perlu membuat pertimbangan untuk memvaksinkan bayi mereka terutama bayi yang berumur kurang dari enam bulan dengan vaksin rotavirus untuk melindungi mereka daripada sebarang jangkitan.
Tanda-tanda Dan Simptom Jangkitan Rotavirus
Adalah sukar untuk membezakan cirit-birit yang disebabkan oleh rotavirus dengan yang disebabkan oleh jangkitan lain.
Perbezaan ini sukar dikenalpasti kerana simptomnya mungkin sama. Walau bagaimanapun, simptom jangkitan rotavirus selalunya lebih serius daripada cirit-birit akibat jangkitan lain.
Antara simptom jangkitan yang boleh dikenalpasti adalah muntah yang berlanjutan sehingga lapan hari, cirit-birit yang teruk melebihi sepuluh hari, sakit pada bahagian abdomen dan demam yang berlarutan.
Cirit-birit yang berlanjutan sehingga tiga minggu dan muntah secara kerap boleh menyebabkan dehidrasi iaitu kehilangan cecair dalam badan.
Jika keadaan ini tidak dirawat, dehidrasi yang teruk boleh mengakibatkan kerosakan organ, kejutan malah kematian di kalangan kanak-kanak.
Kanak-kanak boleh menyebarkan rotavirus sebelum dan selepas mereka jatuh sakit. Demikian pencegahan dan perlindungan dari ibu bapa dapat mengelak virus ini menjangkiti mereka.
Langkah-langkah Pencegahan Rotavirus
Pembasmian kuman pada alat permainan dengan kerap dan mengamalkan amalan kebersihan diri yang baik iaitu mencuci tangan sebelum mengendalikan makanan, selepas menggunakan tandas dan selepas menyentuh permukaan yang tercemar.
Ibu bapa juga dinasihatkan mengambil pelalian rotavirus kerana kanak-kanak yang dijangkiti rotavirus mengumuh 100 billion partikel virus setiap gram najis dan hanya 10 partikel rotavirus yang berjangkit sudah cukup menyebabkan berlaku jangkitan.
Walaupun amalan kebersihan diri yang baik merupakan langkah pencegahan yang lazim, kesannya adalah terhad untuk mencegah penyebaran rotavirus.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyarankan pelalian rotavirus sebagai sebahagian daripada program imunisasi bayi kerana ia merupakan strategi pencegahan terbaik terhadap jangkitan rotavirus.
BACA INI JUGA: 14 Suntikan Pelalian Yang Wajib Untuk Anak Anda
Sumber: Utusan

Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Bahaya Kepada Kanak-kanak, Apa itu Rotavirus?"