Sembang Maniac

Sembang-sembang je

ZTE Axon 7 Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 1 September

ZTE Malaysia sebelum ini telah berhasrat memperkenalkan ZTE Axon 7 di Malaysia pada bulan Ogos. Namun, disebabkan beberapa perkara, ia telah ditangguhkan dan kini pihak ZTE Malaysia mengesahkan mereka akan memperkenalkannya pada 1 September 2016 kelak.

ZTE Axon 7

ZTE Axon 7 merupakan telefon flagship terkini daripada ZTE, menawarkan spesifikasi yang tinggi – iaitu dilengkapi dengan Snapdragon 820. Selain daripada itu, peranti ini juga menggunakan kamera 20-megapixel dengan penstabilan imej optikal, dan turut memfokuskan sokongan audio melalui Dolby ATMOS & Dolby Digital Dual Surround Speaker.

ZTE dijangka akan membuat pengumuman berkaitan harga jualan dan tarikh jualannya di Malaysia pada tarikh berkenaan.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "ZTE Axon 7 Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 1 September"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info