Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Ubisoft Akan Menawarkan Permainan Rayman Origins Secara Percuma Pada Bulan Ini

Sejak bulan Jun lepas, Ubisoft telah menyambut ulang-tahun ke-30 dengan menawarkan satu permainan baru setiap bulan. Untuk bulan Ogos 2016 ini, Ubisoft bakal menawarkan permainan Rayman Origins secara percuma kepada semua pengguna melalui Uplay.

Ubisoft Rayman Origins

Rayman Origins telah diperkenalkan pada 2011 yang lepas, dan ditawarkan pada pelbagai platform, termasuk PlayStation, Xbox, Vita, Nintendo 3DS, Windows dan juga OS X. Ia menawarkan permainan aksi menarik, serta hadir dengan rekaan grafik yang berbeza berbanding beberapa permainan lain.

Permainan Rayman Origins ini akan ditawarkan untuk muat-turun secara percuma pada 17 Ogos 2016 ini. Sementara menantikan tarikh 17 Ogos kelak, anda masih boleh memuat-turun permainan Tom Clancy Splinter Cell dari bulan Julai lepas secara percuma hari ini.

Layari : Ubi 30



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Ubisoft Akan Menawarkan Permainan Rayman Origins Secara Percuma Pada Bulan Ini"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info