Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Championship Manager 17 Dilancarkan Untuk Android Dan iOS

Tinggal beberapa jam sahaja lagi sebelum permulaan musim baru Liga Perdana Inggeris. Musim ini dijangka menarik kerana nama besar dunia pengurusan Josep Guardiola, Jose Mourinho, Antonio Conte dan Jurgen Klopp berentap di dalam liga yang sama. Masing-masing pernah memenangi liga di Sepanyol, Itali dan Jerman. Adakah anda merasakan anda lebih berbakat dari mereka? Sekiranya ya anda boleh memuat turun Championship Manager 17 untuk peranti Android dan iOS.

Championship-Manager-2

Anda boleh memilih untuk mengurus 450 pasukan dari 25 loga dan 15 negara berbeza. Kawal segala aspek pasukan dari taktik, latihan, media dan pembangunan pemain muda. Sekiranya anda pernah bermain CM sebelum ini, anda pasti tahu betapa bahayanya ketagihan permainan ini. Ia boleh dimuat turun secara percuma. Menarik sekali terdapat sokongan Bahasa Melayu bagi mereka yang kurang arif berbahasa Inggeris.

Muat turun Championship Manager 17 Versi Android dari Google Play

Muat turun Championship Manager 17 Versi iOS dari App Store



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Championship Manager 17 Dilancarkan Untuk Android Dan iOS"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info