Minggu lalu kedengaran ura-ura Apple akan menghentikan penggunaan butang home fizikal pada iPhone. Butang fizikal dengan pengimbas TouchID terbina ini adalah antara komponen paling kerap digantikan kerana mudah rosak. Apabila digantikan dari pihak ketiga, berlaku pula masalah Error 53 awal tahun iniyang mengakibatkan peranti terus tidak boleh diakses.
Dengan membuang butang home fizikal masalah ini bukan sahaja dapat diselesaikan malah peranti akan kelihatan lebih menarik. Sebuah sistem pengimbas cap jari terbina Natural ID FS4500 pada skrin dilancarkan oleh Synaptics hari ini. Pengimbas sebesar 6×6 mm ini boleh diletakkan di belakang skrin sesentuh dan panel seramik dengan ketebalan maksimum 300 mikrometer. Ini sekaligus membuka pintu kepada kewujudan peranti pintar dengan sistem pengimbas cap jari yang tidak ketara. Ia kini boleh dipesan dan akan memulakan produksi pada suku ke-4 2016.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Pengimbas Cap Jari Terbina Pada Skrin Sesentuh Dilancarkan Oleh Synaptics"