Sembang Maniac

Sembang-sembang je

MSI Malaysia Memperkenalkan Kemaskini Keluarga Komputer Riba Dengan Kad Grafik Siri GTX 10

MSI Malaysia hari ini telah mengumumkan kemaskini kepada keluarga komputer riba memfokuskan permainan daripada mereka untuk pasaran tempatan, sekaligus menawarkan sejumlah komputer riba yang hadir dengan penyertaan kad grafik siri GT, GS dan GE yang paling terkini.

Daripada sejumlah komputer riba yang diperkenalkan, yang mencuri perhatian adalah yang paling berkuasa, iaitu MSI GT83VR Titan SLI – yang mana menawarkan kuasa grafik paling berkuasa dan dilengkapi sokongan untuk memainkan permainan realiti-maya dan juga permainan 4K. MSI GT83VR Titan SLI ini menyokong kad grafik GeForce GTX 1080 dan juga 1070 SLI, serta menggunakan papan kekunci mekanikal.

MSI GT83VR

MSI GT72VR Dominator dan GT62VR pula masing-masing hadir dengan GeForce GTX 1070, GTX 1060 – dan turut menyertakan pengoptimasian untuk set realiti-maya, HTC Vive.

Beberapa model lain yang turut diperkenalkan untuk pasaran tempatan adalah termasuk MSI GS63VR Stealth Pro dengan rekaan nipis, MSI GS73VR Stealth yang hadir dengan rekaan nipis dan keupayaan 4K, MSI GS43VR Phantom dengan rekaan kompak, selain MSI GE7VR dan GE62VR Apache dengan sokongan realiti-maya.

Secara keseluruhan, selain daripada prestasi dan keupayaan grafik, pihak MSI mengatakan ia turut hadir dengan rekaan penyejukan yang lebih baik, paparan 100% RGB dan juga pengalaman audio yang menarik.

Dari segi harga, MSI GT83VR berharga RM20,999, sementara yang paling murah adalah MSI GE62VR pada harga RM6899. Bagi anda yang meminati arena permainan pada komputer riba, anda mungkin boleh menyemak produk baru daripada MSI ini di kedai rasmi mereka seluruh negara.

MSI Malaysia Ogos 2016



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "MSI Malaysia Memperkenalkan Kemaskini Keluarga Komputer Riba Dengan Kad Grafik Siri GTX 10"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info