Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Kad Grafik Nvidia Geforce GTX 1080, 1070 Dan 1060 Kini Hadir Pada Komputer Riba

Memainkan permainan PC pada komputer riba tidak memberikan kepuasan seperti di desktop. Ini adalah kerana penggunaan tiada kad grafik berkuasa digunakan pada komputer riba. Razer memperkenalkan Core yang membolehkan kad grafik desktop disambung kepada komputer riba. Namun ini bukanlah jalan penyelesaian yang mudah kerana dua kerangka yang mengandungi kad grafik perlu diusung sekali dengan komputer riba. Pada waktu yang sama harga jualan $500 (tanpa kad grafik) yang dikenakan menjadikannya tidak mampu milik.

Geforce GTX 10 untuk laptop 1 Nvidia hari ini melancarkan kad grafik GeForce GTX 1080, 1070 dan 1060 untuk komputer riba. Tidak seperti apa yang dilakukan oleh mereka sebelum ini, ketiga-tiga kad ini bukanlah edisi “M” yang dikurangkan kuasa memproses jika dibandingkan dengan edisi desktop. Cip pemproses Pascal dengan teknologi 16 nm FinFET memastikan pemilik komputer riba kini boleh menikmati grafik 4K 60 FPS yang dahulunya terhad kepada komputer desktop. Pada waktu yang sama ini membolehkan peranti realiti maya seperti Vive digunakan. Ketahanan bateri juga bertambah sebanyak 30% dengan penggunaan kad grafik baru ini.

Nvidia GeForce GTX 1080 untuk komputer riba dilengkapi 2560 teras CUDA dengan kelajuan pemproses 1733 MHz  dan RAM sebesar 8 Gigabyte. Nvidia GeForce GTX 1070 untuk komputer riba pula dilengkapi 2048 teras CUDA dengan kelajuan pemproses 1645 MHz dan RAM sebesar 8 Gigabyte. Akhir sekali Nvidia GeForce GTX 1060 untuk komputer riba dilengkapi 1280 teras CUDA dengan kelajuan pemproses 1670 MHz dan RAM sebesar 6 Gigabyte. Kesemua kad grafik ini akan digunakan pada komputer riba pengeluar seperti Lenovo, EVGA, Alienware, Asus, MSI, HP, Acer dan Razer dalam masa terdekat. Selepas ini pemilik komputer riba untuk permainan video tidak perlu lagi merasakan diri mereka menjadi golongan kelas kedua apabila dibandingkan dengan pengguna desktop.

Geforce GTX 10 untuk laptop 2

 

 



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Kad Grafik Nvidia Geforce GTX 1080, 1070 Dan 1060 Kini Hadir Pada Komputer Riba"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info