Sembang Maniac

Sembang-sembang je

(Konsep) 108M – Kapal Layar Mewah Dengan Pantai Peribadi Terbina

Memiliki sebuah kapal layar mewah ialah simbol status golongan hartawan dunia seperti Roman Abrahamovich, Larry Ellison, Jho Low dan Bill Gates. Kapal layar ini digunakan untuk melarikan diri dari kesibukan kerja dan memberikan mereka privasi dari dilihat orang ramai. Terdapat pelbagai jenis kapal layar di pasaran dan yang terbesar sekali ialah Azzam milik Sheikh Khalifa bin Zayed Al Nahyan. Azzam dilengkapi tempat helikopter mendarat dan panggung wayang. Tetapi Sheikh Khalifa masih perlu ke darat sekiranya beliau mahu berjalan di kawasan pantai.

108M-Kapal-Layar-Pantai-1 108M rekaan Hareide Design ialah konsep kapal layar mewah yang membolehkan pemilik kekal di tengah laut tetapi masih boleh mandi matahari di atas pantai. Ini boleh dilakukan kerana ia mempunyai pantai terbina pada bahagian buritan kapal. Selain pantai terbina ia turut mempunyai dua buah kolam renang, dek terbuka, tempat helikopter mendarat dan sistem dorongan elektrik yang mesra alam.

108M-Kapal-Layar-Pantai-3



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "(Konsep) 108M – Kapal Layar Mewah Dengan Pantai Peribadi Terbina"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info