Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Kemaskini Perisian PS4 4.0 Akan Datang Dengan Penambah-Baikkan Pada Antaramuka

Sony selain menambah pelbagai koleksi permainan menarik pada PlayStation 4, mereka juga turut sering memperkenalkan pembaharuan pada sistem operasi PlayStation 4 melalui kemaskini baru. Terkini, Sony bakal memperkenalkan versi beta untuk sistem operasi versi 4.0 bermula esok.

Melalui kemaskini baru ini, Sony memfokuskan kepada beberapa perkara, termasuk kemaskini pada antaramuka, dan penambah-baikkan kecil yang lain.

Melalui PS4 4.0 kelak, pengguna akan dapat membuat folder khusus pada sistem mereka, dan menguruskan pelbagai apikasi dan permainan dengan lebih baik lagi. Disamping itu, pengguna juga dapat berkongsi sesuatu skrin dengan lebih pantas tanpa perlu meninggalkan skrin sedia ada – sebaliknya ia dibuka dalam bentuk tetingkap.

Sony turut mengatakan pengguna kini boleh memuat-naik klip video sepanjang 140 saat ke Twitter berbanding hanya 10 saat sebelum ini.

Kemaskini versi beta ini akan diperkenalkan kepada pengguna yang menyertai ujiannya terlebih dahulu – sebelum versi stabilnya hadir selepas itu.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Kemaskini Perisian PS4 4.0 Akan Datang Dengan Penambah-Baikkan Pada Antaramuka"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info