Sembang Maniac

Sembang-sembang je

HTC 10 Akan Menerima Kemaskini Android 7.0 Nougat Pada Suku Ke-4 2016

HTC sebelum ini telah beberapa kali mengatakan peranti HTC 10 akan menerima kemaskini Android 7.0 Nougat dengan pantas – sekitar 90 hari sejak daripada pengenalannya. Hari ini, berkongsi lanjut mengenainya, HTC mengatakan HTC 10 akan menerima kemaskini Android 7.0 Nougat sekitar suku ke-4 2016 ini.

HTC Nougat

Android 7.0 Nougat telah diperkenalkan secara rasmi pada awal minggu ini, menyertakan fungsi seperti kemudahan untuk multi-tasking, mengaktifkan fungsi dwi-tetingkap, pengoptimasian pada bateri, kemaskini pada antaramuka, dan pelbagai ciri-ciri lain.

Selain HTC 10, pihak HTC turut akan menawarkan Android 7.0 Nougat untuk HTC One A9 dan juga HTC One M9. Walaubagaimanapun, ia akan menerima kemaskini hanya selepas HTC 10 menerimanya terlebih dahulu. Tiada perkongsian info mengenai kemaskini serupa untuk peranti HTC Desire buat masa ini.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "HTC 10 Akan Menerima Kemaskini Android 7.0 Nougat Pada Suku Ke-4 2016"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info