Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Facebook Melancarkan Media Sosial Baru Lifestage Khusus Untuk Golongan Remaja

Bukan rahsia besar bahawa Facebook tidak mempunyai ramai pengguna golongan remaja. Bagi golongan ini Facebook dilihat sebagai platform yang tidak cool kerana dipenuhi insan berusia seperti ibu bapa mereka. Bagi meneruskan dominasi media sosial di masa hadapan, Facebook harus terus kekal relevan kepada pengguna yang lebih muda. Oleh itu Lifetstage dilancarkan khas untuk individu berusia 21 tahun ke bawah.

Lifestage-1

Tidak seperti profil Facebook yang yang diisi dengan teks, profil Lifestage dipenuhi dengan video. Sekiranya hobi pengguna ialah menari, mereka memuat naik video mereka menari. Soalan baru akan muncul dengan setiap jawapan yang diberi pada tetapan profil. Seperti zaman awal Facebook, ia akan hanya membenarkan pelajar dari sekolah yang sama melihat profil rakan sesekolah. Untuk membuka profil sekolah pula 20 pelajar perlu mendaftar kepada Lifestage terlebih dahulu.

Bagi mengelakkan kehadiran “orang tua”, terdapat sistem yang melaporkan akaun mereka yang melebihi usia 21 tahun. Ini adalah bagi memastikan keselamatan pengguna dan membezakannya dari Facebook. Buat masa ini Lifestage hanya boleh dimuat turun pada platform iOS dan hanya untuk di Amerika Syarikat sahaja. Sebuah lagi media sosial dilancarkan. Persoalannya bagaimanakah ibu bapa akan memantau anak-anak mereka sekiranya mereka dihalang untuk menjadi ahli? Ini sedikit menakutkan bagi seorang bapa seperti saya.

Muat turun aplikasi Lifestage iOS dari App Store



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Facebook Melancarkan Media Sosial Baru Lifestage Khusus Untuk Golongan Remaja"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info