Aplikasi Prisma amat popular beberapa minggu yang lalu. Setiap kali Instagram dibuka, ratusan gambar yang diberikan sentuhan seni boleh dilihat di susur masa. Kepopularannya sedikit terjejas kerana pengguna harus menanti lama untuk gambar diproses. Kedua ia memerlukan capaian internet dan kepada pengguna dengan kuota internet rendah aplikasi ini terasa seakan membazir. Kemas kini terkini Prisma membolehkan beberapa penuras digunakan tanpa menggunakan internet.
Ini dilakukan dengan menggunakan peranti milik pengguna sebagai sistem rangkaian neural untuk memproses gambar. Buat masa ini hanya 16 penuras boleh berfungsi secara offline dan diaktifkan pada peranti iOS sahaja terlebih dahulu. Pada iPhone 6S gambar boleh diproses dalam masa sekitar 6 saat. Pemprosesan secara offline ini diaktifkan bagi mengurangkan beban ke atas server Prisma yang akan mengaktifkan pemprosesan video dalam masa terdekat.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Aplikasi Prisma Kini Mampu Berfungsi Secara Offline"