Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Aplikasi iFlix Khusus Untuk Android TV Akan Hadir Tidak Lama Lagi

iFlix sebelum ini pernah berkongsi perancangan mereka untuk memperkenalkan aplikasi khusus untuk televisyen dalam memberikan pengalaman menonton dan pelayaran iFlix yang lebih baik lagi. Bercakap mengenainya hari ini, Azran Osman-Rani mengatakan mereka kini dalam fasa akhir sebelum memperkenalkannya.

iFlix TV

iFlix bakal memperkenalkan aplikasi khusus untuk Android TV terlebih dahulu. Tiada perancangan untuk platform lain dikongsikan buat masa ini, tetapi ini mungkin kerana penggunaan Android TV yang meluas dipasaran dan lebih kos efisyen berbanding beberapa platform lain.

Bercakap mengenainya juga, Azran mengatakan mereka telah menguji versi akhir aplikasi berkenaan, dan ia memberikan pengalaman yang lebih menarik dan mesra pengguna berbanding dengan penggunaan berasaskan HTML5.

Tiada tarikh pasti yang diberikan buat masa ini. Mungkin kita boleh melihat ia mula ditawarkan kepada pengguna dalam masa sebulan dua lagi.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Aplikasi iFlix Khusus Untuk Android TV Akan Hadir Tidak Lama Lagi"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info