Sembang Maniac

Sembang-sembang je

PRISMA Akan Menyokong Suntingan Video Dalam Masa Beberapa Minggu

Buka Instagram, Facebook dan Twitter pagi ini dan kami percaya anda akan melihat sekurang-kurangnya sepuluh gambar yang disunting menggunakan aplikasi Prisma. Aplikasi menyunting gambar ini semakin popular kerana mampu mengubah foto biasa menjadi seakan lukisan. Setakat ini ia hanya ditawarkan pada platform Android dan iOS. Selepas versi Android ditawarkan, perkhidmatan mengalami gangguan kerana jumlah pengguna yang tinggi.


Pembangunan aplikasi ini Alexey Moiseenkov mengesahkan bahawa pihak Prisma akan menyokong suntingan video pula di masa hadapan. Teknologi untuk memberikan kesan khas yang sama sudah wujud tetapi pihak Prisma perlu mempertingkatkan dahulu kemampuan pengkomputeran mereka bagi menanggung beban memproses yang tinggi. Sebanyak 650 juta gambar telah diproses menggunakan aplikasi mereka sehingga kini. Adakah anda telah menggunakan Prisma?



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "PRISMA Akan Menyokong Suntingan Video Dalam Masa Beberapa Minggu"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info