Sembang Maniac

Sembang-sembang je

MOVE – Satu Lagi Aplikasi Tempahan Teksi Untuk Pengguna Di Lembah Klang

Terdapat beberapa aplikasi dan perkhidmatan tempahan teksi untuk pengguna di Lembah Klang selain aplikasi popular Grab. Terkini, satu lagi aplikasi baru yang memasuki ke arena tempahan teksi ini adalah MOVE.

MOVE dibangunkan dan ditawarkan oleh syarikat DNeXPORT Sdn Bhd, membolehkan para pengguna untuk membuat tempahan teksi dengan pilihan teksi biasa atau premium. Buat masa ini, ia dikatakan masih dalam fasa ujian lagi, dan MOVE menyasarkan lebih kurang 6000 pemandu teksi akan menggunakannya menjelang penghujung tahun ini.

MOVE iPhone

MOVE memfokuskan kepada pengguna di Lembah Klang buat masa ini, dan mungkin akan diperlanjutkan kepada pengguna di kawasan lain berdasarkan kepada permintaan. Dengan persaingan sengit daripada Grab dan Uber, mungkin MOVE ini akan perlu belanjakan sejumlah wang yang banyak untuk pemasaran dan menarik pengguna menggunakannya.

Bagi anda yang berminat dan ingin mencubanya, boleh memuat-turun aplikasi MOVE ini daripada Google Play Store atau Apple AppStore hari ini.

Muat-Turun MOVE untuk Android

Muat-Turun MOVE untuk iPhone



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "MOVE – Satu Lagi Aplikasi Tempahan Teksi Untuk Pengguna Di Lembah Klang"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info