Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Humble 2K Bundle Menawarkan Duke Nukem Forever, Mafia II, Civilization V Dan Banyak Lagi

Humble Bundle merupakan salah satu laman yang menyediakan promosi dan penawaran permainan video pada harga jauh lebih murah daripada pasaran. Terkini, untuk minggu ini, mereka telah memulakan promosi untuk permainan daripada penerbit 2K.

Humble 2K Bundle

Dinamakan sebagai Humble 2K Bundle, pengguna boleh mendapatkan tiga permainan pada sebarang nilai sumbangan, iaitu permainan The Darkness II, Spec Ops : The Line, dan juga Duke Nukem Forever.

Pada sumbangan purata, pengguna turut boleh mendapatkan beberapa permainan tambahan, termasuk Civilization V, NBA 2K16, Mafia II, dan juga Battleborn Start Skin Pack.

Pada nilai $15, pengguna boleh mendapatkan permainan Battleborn, dan juga Borderlands : The Pre-Sequel.

Kesemuanya ditawarkan dalam bentuk add-on, ataupun melalui Steam. Bagi anda yang berminat, boleh ke laman Humble 2K Bundle hari ini, dan dapatkan sejumlah permainan ini pada harga yang sangat murah berbanding kebiasaan.

Layari : Humble 2K Bundle 2



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Humble 2K Bundle Menawarkan Duke Nukem Forever, Mafia II, Civilization V Dan Banyak Lagi"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info