Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Fallout Shelter Kini Sedia Dimuat-Turun Oleh Pengguna PC Secara Percuma

Fallout Shelter adalah salah satu permainan yang menarik telah diperkenalkan bersempena dengan permainan Fallout 4 dan ditawarkan untuk pengguna peranti mudah-alih pada awalnya. Melaluinya, pemain akan membina kubu bawah tanah dan menjaga keharmonian penduduknya.

Fallout Shelter

Sejak ia diperkenalkan, ia adalah salah satu permainan yang dimainkan ramai pada peranti mudah-alih memandangkan ia ditawarkan secara percuma, selain cara permainannya yang menarik. Bethesda sendiri mengatakan lebih 50 juta pemain telah memuat-turunnya sejak ia ditawarkan.

Selepas hanya ditawarkan untuk peranti mudah-alih, hari ini seperti Bethesda janjikan sebelum ini, mereka telah pun melancarkan permainan Fallout Shelter ini untuk pengguna PC.

Permainan ini ditawarkan secara percuma kepada semua – dan turut hadir dengan ciri-ciri baru yang membolehkan pemain meneroka dan menetapkan misi berbeza – selain sistem perlawanan baru yang membolehkan pemain mengawal aksi Dweller.

Untuk memuat-turun permainan Fallout Shelter ini ke PC, pengguna terlebih dahulu perlu memuat-turun Bethesda Launcher dan memuat-turun permainan ini secara percuma.

Muat-Turun Bethesda Launcher untuk PC



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Fallout Shelter Kini Sedia Dimuat-Turun Oleh Pengguna PC Secara Percuma"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info