Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Facebook Messenger Kini Mempunyai Lebih 1 Bilion Pengguna

Boleh dikatakan hanya terdapat beberapa perkhidmatan sahaja yang mempunyai angka pengguna yang ramai melangkaui 1 bilion. Kini, Facebook Messenger turut menyertai bilangan aplikasi berkenaan, dan kini ia mempunyai lebih daripada 1 bilion pengguna.

Messenger 1 Bilion

Dengan Facebook Messenger mencapai angka berkenaan, kini Facebook mempunyai dua aplikasi permesejan dengan angka pengguna melangkaui 1 bilion, iaitu Messenger dan juga WhatsApp.

Namun, berbeza dengan WhatsApp, Messenger menawarkan sejumlah fungsi menarik tambahan, termasuk sokongan bot, integrasi dengan Instant Articles, integrasi aplikasi pihak ketiga dan pelbagai sokongan tambahan yang lain lagi.

Selain permesejan teks, kini ia turut dikatakan hampir 10% panggilan VoIP dilakukan melalui Facebook Messenger – sekaligus memperlihatkan ia mungkin menjadi salah satu aplikasi panggilan suara yang popular.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Facebook Messenger Kini Mempunyai Lebih 1 Bilion Pengguna"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info