Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Sony Xperia XA Berharga RM1199 – Akan Dijual Bermula 22 Jun Di Malaysia

Sony Malaysia hari ini telah melancarkan keluarga Xperia X di Malaysia, dimana dibawahnya, tiga peranti telah diperkenalkan. Seperti ramai sedia maklum, harga untuk Xperia X telah pun diperlihatkan beberapa hari yang lepas, iaitu berharga RM2499. Disamping Xperia X, Sony Malaysia turut telah memperkenalkan Xperia XA.

Sony Xperia XA membawakan rekaan skrin dengan bingkai tepi yang sangat nipis. Ia dilengkapi skrin bersaiz 5-inci, cip pemprosesan MediaTek P10 dan memori 2GB RAM. Secara keseluruhan, ia merupakan peranti berspesifikasi pertengahan, tetapi dilengkapi ciri-ciri popular Sony, termasuk ketahanan bateri yang lama.

Xperia XA

Untuk rakaman gambar, Sony menyertakan kamera belakang 13-megapixel dan kamera hadapan 8-megapixel. Kedua-dua sensor hadir dengan sokongan Sony Exmor R untuk rakaman yang lebih kemas dan jelas.

Sony Xperia XA dilengkapi Android 6.0 Marshmallow, dan menyertakan memori 16GB yang boleh diperluaskan menggunakan kad mikro-SD sehingga 200GB.

Sony Xperia XA akan ditawarkan dalam pilihan warna hitam, putih, emas kehijauan dan juga emas kemerahan. Di Malaysia, Sony Xperia XA berharga RM1199 dan akan ditawarkan bermula 22 Jun 2016 ini melalui pengedar Sony Mobile seluruh negara.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Sony Xperia XA Berharga RM1199 – Akan Dijual Bermula 22 Jun Di Malaysia"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info