Samsung Malaysia hari ini secara rasminya telah mengumumkan penawaran telefon pintar mereka edisi Injustice – yang mana bertemakan watak Batman. Ia bakal ditawarkan bermula minggu hadapan, 17 Jun 2016 dan sebanyak 500 unit akan ditawarkan untuk pasaran Malaysia.
Samsung Galaxy S7 Edge Injustice Edition ini menawarkan penawaran yang serupa dengan versi Galaxy S7 Edge biasa, tetapi hadir dengan kandungan khusus bertemakan Batman, selain rekaan kerangka dengan tema serupa.
Samsung Malaysia juga akan menawarkan Gear VR Black Edition secara percuma untuk semua pembeli telefon pintar ini.
Di Malaysia, Samsung Galaxy S7 Edge Injustice Edition akan membawakan tanda harga RM4099 – yang mana lebih RM1,000 berbanding versi biasa. Pengguna berminat boleh membuat pra-tempahan dengan deposit RM500 bermula 17 Jun, 10 pagi ini.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Samsung Galaxy S7 Edge Edisi Khas Bertemakan Batman Berharga RM4099 Di Malaysia – Ditawar Bersama Gear VR"