Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Samsung Galaxy J3 Pro Hadir Dengan Spesifikasi Rendah Dan Rekaan Berasaskan Logam

Keluarga Galaxy J daripada Samsung merupakan keluarga peranti yang menyasarkan spesifikasi rendah dan juga pertengahan. Selepas kejayaan pada tahun lepas, tahun 2016 ini turut menyaksikan beberapa variasi kemaskini diperkenalkan, dan paling terkini adalah Galaxy J3 Pro.

Samsung Galaxy J3 Pro

Galaxy J3 Pro hadir dengan skrin bersaiz 5-inci dengan skrin Super AMOLED dan paparan 720p, dijana menggunakan cip Snapdragon 410, memori 2GB RAM, kamera belakang 8-megapixel dan kamera hadapan 5-megapixel.

Walaupun diperkenalkan pada tahun 2016, pihak Samsung hanya sekadar menggunakan Android Lollipop sahaja pada telefon pintar ini.

Buat masa ini, ia hanya diumumkan untuk pasaran China sahaja, pada harga 990 Yuan [~sekitar RM618].



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Samsung Galaxy J3 Pro Hadir Dengan Spesifikasi Rendah Dan Rekaan Berasaskan Logam"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info