Jualan tablet tahun lalu adalah mengecewakan bagi majoriti pengeluar. Ia berkurangan sebanyak 13% dan terus menunjukkan trend penurunan tahun ini. Tidak seperti telefon pintar, pengguna tidak memberi tablet dengan kerap dan ini menyumbang kepada jualan yang agak lemah. Kepada yang menantikan model terkini keluarga Galaxy Tab S, gambar model terkini Galaxy Tab S3 baru sahaja tertiris.
Seperti tahun lalu dua versi akan dilancarkan dengan skrin sebesar 8″ dan 9.7″ dengan resolusi 2048 x 1536 pixel. Ia bakal diperkasakan dengan pemproses Snapdragon 652, RAM sebesar 3 Gigabyte dan storan sebesar 32 Gigabyte. Kemampuan optik pula ialah kamera utama 8 Megapixel dan kamera hadapan 2 Megapixel. Tidak seperti model sebelum ini, kamera belakang kini mempunyai sokongan flash. Bateri yang disertakan ialah sebesar 4000 mAh. Sistem operasi Android Marshmallow digunakan dan terdapat versi LTE serta WiFi.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Gambar Tablet Samsung Galaxy Tab S3 Tertiris"