Sembang Maniac

Sembang-sembang je

CIMB Akan Hadir Dengan Aplikasi Mudah-Alih Baru Pada Bulan November Kelak

CIMB merupakan salah satu penyedia perkhidmatan perbankan yang digunakan secara meluas untuk pembayaran atas-talian. Terkini, pihak CIMB berkongsi mengatakan akan menawarkan kemaskini untuk aplikasi CIMB mereka pada bulan November kelak.

Apakah fungsi baru yang akan disertakan masih tidak diketahui lagi buat masa ini. Namun, menurut pihak CIMB, mereka mengatakan bakal menyediakan kualiti perkhidmatan yang lebih baik serta dipertingkatkan berbanding pada hari ini.

Dengan pengumuman ini daripada CIMB, kita boleh menjangkakan pengenalan aplikasi baru tersebut kelak akan membawakan perubahan besar dan drastik berbanding kemaskini kecil yang biasa kita lihat.

Dengan penyertaan perkhidmatan seperti Samsung Pay, WeChat dan sebagainya, ia akan menjadi sesuatu yang menarik untuk melihat apakah langkah CIMB seterusnya dalam terus memudahkan proses pembayaran dan penerimaan bayaran menggunakan perkhidmatan mereka.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "CIMB Akan Hadir Dengan Aplikasi Mudah-Alih Baru Pada Bulan November Kelak"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info