Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Xiaomi Mi Box Dengan Android TV Diumumkan Untuk Pasaran Global

Xiaomi sedia mempunyai penawaran set kotak-televisyen untuk pasaran China berasaskan kepada MIUI sejak beberapa tahun sebelum ini. Ia tidak dipasarkan untuk peringkat global kerana kekangan kandungan yang hadir bersama-sama dengannya. Kini, sebagai alternatif untuknya, Xiaomi telah mengumumkan Mi Box yang dijana menggunakan sistem operasi Android TV.

Xiaomi Android TV

Xiaomi Android TV

Xiaomi Mi Box ini hadir dengan sokongan memainkan video pada resolusi 4K. Seperti biasa, ia hadir dengan cip pemprosesan empat-teras dan memori sehingga 2GB RAM. Dengan akses kepada Android TV, pengguna boleh mendapatkan pelbagai kandungan daripada Google Play Movies – salah satu perkhidmatan yang sedia dilancarkan di Malaysia.

Xiaomi turut menyediakan alat kawalan yang boleh dikawal menggunakan arahan suara, selain Mi Box ini turut selari dengan Mi Game Controller.

Buat masa ini, harga jualannya masih tidak diketahui lagi dan mungkin dikongsikan oleh Xiaomi dalam masa terdekat ini.

Xiaomi Android TV



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Xiaomi Mi Box Dengan Android TV Diumumkan Untuk Pasaran Global"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info