Sembang Maniac

Sembang-sembang je

VKworld T3 – Peranti Dengan Pembesar Suara Terbesar

Sistem audio yang baik pada peranti pintar sebenarnya bukanlah keutamaan bagi majoriti pengguna. Masih ramai yang gembira dengan pembesar suara mono yang terletak pada bahagian bawah peranti. Peranti dengan pembesar suara stereo pada bahagian hadapan sudah wujud sejak HTC One M7 tetapi secara ikhlasnya jualan mereka tidak berapa memberangsangkan. Jadi tidak mengejutkan HTC sendiri mengaku kalah dan tidak lagi menyertakan sistem audio stereo dengan dua pembesar suara menghala ke depan.

VKworld-t3-speaker-2 Tetapi sekiranya anda mahukan peranti dengan sistem audio paling kuat, VKworld T3 ialah peranti yang anda dambakan selama ini. Peranti dari China ini dilengkapi dengan sebuah pembesar suara sebesar 35 x25 mm pada bahagian belakang. Ini menurut pengeluar menghasilkan bunyi yang paling lantang pada sebuah peranti mudah alih. Telefon Android ini mempunyai skrin 5″, pemproses MediaTek MT6735, RAM sebesar 2 GB dan muatan dalaman 16 GB. Kamera utama pula sebesar 13 MP dan kamera hadapan 5 MP. Harga jualan adalah mampu milik iaitu RMB 525 (~RM 329) sebuah.

VKworld-T3-speaker-1



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "VKworld T3 – Peranti Dengan Pembesar Suara Terbesar"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info