Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Pembangunan Aplikasi Apple Watch Dilihat Semakin Berkurangan

Apple Watch ialah jam tangan pintar yang paling laku di pasaran dan dikatakan sudah terjual melebihi 12 Juta unit sejak diperkenalkan April tahun lalu. Jumlah jualan ini adalah tinggi tetapi masih dianggap mengecewakan oleh penganalisa yang berharap ia menjadi pemangkin jualan jam tangan pintar di seluruh dunia. Bagi majoriti pengguna memiliki jam tangan pintar yang dijual pada harga tidak mampu milik masih lagi bukan keperluan kerana peranti pintar sedia ada sudah memadai.

Apple WatchSambutan jualan Apple Watch adalah mengecewakan dan nampaknya sambutan dari pembangun aplikasi juga semakin berkurangan. Menurut Realm, sebuah syarikat yang mengumpul pangkalan data aplikasi yang telah dibangunkan, bagi setip 1000 aplikasi iOS hanya 1 aplikasi WatchOS akan dihasilkan. Aplikasi untuk tvOS dibangunkan dengan lebih banyak berbanding untuk platform jam pintar Apple ini. Pembangun merasakan adalah lebih menguntungkan bagi mereka mengeluarkan aplikasi untuk iOS dan tvOS.

Kami tidak menggunakan Apple Watch tetapi menggunakan jam tangan pintar keluaran pesaing. Pada platform pilihan kami ini juga kami semakin jarang melihat aplikasi baru. Sekiranya Apple Watch yang dianggap paling popular pembangunan aplikasi semakin perlahan, apakah pula nasib jam tangan lain dengan sistem operasi berbeza? Adakah aplikasi khas penting untuk jam tangan pintar? Secara ikhlas kami hanya menggunakan aplikasi terbina untuk melihat notifikasi, waktu semasa dan menjejak tahap kesihatan kami. Ada pula bagaimana?



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Pembangunan Aplikasi Apple Watch Dilihat Semakin Berkurangan"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info