Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Twitter Tidak Lagi Akan Mengira @Nama Dan Media Yang Dikongsikan Dalam Kiraan Had 140 Aksara

Twitter hari ini membuat perubahan pada perkhidmatan mereka – berkenaan bagaimana kiraan had 140 aksara akan dikira dalam bulan-bulan akan datang. Seperti apa yang tertiris sebelum ini, Twitter kini mengumumkan yang mana mereka tidak lagi akan mengambil kira media yang dikongsikan bersama pada Tweet dalam kiraan 140 aksara.

Twitter

Media seperti gambar, video, GIF, dan juga Quote Tweet tidak lagi akan dikira, sekaligus memberikan anda lebih aksara untuk digunakan dalam memberikan gambaran berkenaan apakah yang dikongsikan.

Disamping itu, penggunaan @namapengguna ketika membalas Tweet juga tidak lagi akan dikira, membolehkan anda membalas kepada lebih ramai pengguna tanpa risau akan tidak cukup aksara untuknya.

Twitter mengatakan mereka akan membawa perubahan ini dalam bulan-bulan akan datang, dan diperkenalkan secara berperingkat kepada semua.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Twitter Tidak Lagi Akan Mengira @Nama Dan Media Yang Dikongsikan Dalam Kiraan Had 140 Aksara"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info