Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Cuponation – Perkhidmatan Yang Menawarkan Kupon Dan Diskaun Daripada Rocket Internet Dilancarkan Di Malaysia

Rocket Internet merupakan salah satu gergasi e-dagang yang tidak asing di Malaysia dengan menawarkan perkhidmatan seperti Lazada dan Zalora. Kini, satu lagi perkhidmatan baru yang turut dilabur oleh mereka telah dilancarkan di Malaysia, iaitu Cuponation.

Cuponation merupakan laman sehenti yang menawarkan diskaun dan kupon untuk digunakan dalam pembelian atas-talian atau pada kedai fizikal. Sebelum ini, Cuponation telah beroperasi di lebih 16 negara, dan Malaysia adalah pasaran terbaru ia dilancarkan.

Cuponation

Cuponation menawarkan diskaun untuk pelbagai jenama dan perkhidmatan, termasuk Lazada, Zalora, Groupon, Foodpanda, Expedia, Photobook, ServisHero dan banyak lagi. Mereka juga ingin menambah lebih banyak perkhidmatan dari masa ke semasa.

Dengan letusan perkhidmatan e-dagang di Malaysia akhir-akhir ini, semestinya ramai yang mencari kepada pelbagai bentuk penjimatan, dan disebabkan olehnya hadir beberapa perkhidmatan yang menawarkan kupon, dan Cuponation adalah salah satu hasil daripadanya.

Bagi anda yang aktif membuat pembelian atas-talian, mungkin boleh menyemak laman Cuponation terlebih dahulu hari ini dan mendapatkan kupon berkaitan sebelum membuat pembelian.

Layari : Cuponation



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Cuponation – Perkhidmatan Yang Menawarkan Kupon Dan Diskaun Daripada Rocket Internet Dilancarkan Di Malaysia"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info