Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Telefon Pintar Dan Tablet Nokia Berasaskan Kepada Android Akan Datang Tidak Lama Lagi

Selain daripada Microsoft yang mengumumkan penjualan perniagaan telefon bimbit kepada Foxconn dan HMD, hari ini Nokia turut membuat pengumuman mengatakan mereka akan melesenkan jenama dan hak milik syarikat mereka kepada sebuah syarikat baru dinamakan HMD Global dalam mengeluarkan telefon pintar dan tablet.

Nokia 3310

HMD Global ini beribu-pejabat di Finland, dan akan mempunyai lesen eksklusif untuk tempoh 10 tahun akan datang. Seperti biasa, Nokia Technologies akan menerima royalti untuk penjualan produk berjenama Nokia ini sepanjang tempoh berkenaan.

Nokia turut mengumumkan mengatakan HMD Global akan kekal mengeluarkan telefon bimbit seperti biasa, selain turut hadir dengan telefon pintar dan tablet berasaskan kepada Android – sekaligus mengabungkan jenama terkemuka peranti mudah-alih dengan sistem operasi paling popular di dunia.

Tiada pelaburan yang dilakukan oleh Nokia pada HMD Technologies, tetapi sebaliknya mereka akan mengambil satu kerusi lembaga pengarah pada syarikat berkenaan dalam memastikan peranti berjenama Nokia membawakan pengalaman dan kualiti yang diperlukan.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Telefon Pintar Dan Tablet Nokia Berasaskan Kepada Android Akan Datang Tidak Lama Lagi"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info