Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Sony Memperkenalkan Peranti Berspesifikasi Rendah Dengan Bateri 2 Hari – Xperia E5

Sony boleh dikatakan kian mengalami kemerosotan jualan peranti mudah-alih mereka dari hari ke hari. Namun, ini tidak melemahkan semangat mereka, dan terkini hari ini Sony dilihat telah melancarkan Xperia E5 dengan menerbitkan info peranti berkenaan secara rasmi pada laman web rasmi mereka.

Sony Xperia E5

Xperia E5 secara kasarnya menawarkan peranti berspesifikasi rendah tetapi hadir dengan pelbagai ciri-ciri popular daripada Sony, termasuk sokongan bateri sehingga 2 hari.

Dari segi spesifikasi, ia menggunakan skrin bersaiz 5-inci dengan paparan 720p, cip pemprosesan MediaTek MTK6735, memori 1.5GB RAM, dan ruangan storan terbina sehingga 16GB. Peranti ini menggunakan kamera belakang 13-megapixel dan kamera hadapan 5-megapixel.

Sony turut menyertakan fungsi Smart Cleaner dalam memastikan peranti Xperia E5 ini beroperasi dengan lancar setiap hari. Ia masih tidak diketahui berkenaan sama ada pihak Sony mempunyai perancangan untuk memasarkannya di Malaysia ataupun sebaliknya.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Sony Memperkenalkan Peranti Berspesifikasi Rendah Dengan Bateri 2 Hari – Xperia E5"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info