Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Samsung Memperkenalkan Gelang Tangan Pintar Charm Secara Rasminya

Ketika pelancaran Galaxy S7 tempoh hari, Samsung turut telah memperlihatkan gelang tangan ringkas tapi bergaya mereka, Charm. Namun, maklumat lanjut berkaitan dengannya tidak dikongsikan ketika itu.

Hari ini, Samsung secara rasminya memperkenalkan produk berkenaan di beberapa negara dan dijangka ditawarkan secara meluas tidak lama lagi.

Charm by Samsung

Charm hadir dengan rekaan bergaya dan diihat lebih menyasarkan pengguna wanita. Ia tidak meyertakan sebarang skrin, tetapi diliputi dengan sensor untuk memantau pergerakkan. Ini membolehkan anda mengira berapakah langkah perjalanan yang telah anda lakukan setiap hari. Disamping itu, ia juga turut memberikan notifikasi berkaitan dengan panggiln suara, teks dan kemaskini media sosial.

Samsung Charm

Samsung Charm

Samsung Charm

Aplikasi khusus Samsung Charm disediakan untuk memudahkan anda menetapkan warna lampu notifikasi untuk setiap perkara, disamping memantau baterinya.

Samsung Charm ini hadir dengan bateri 17mAh yang mampu bertahan sehingga 14 hari lamanya. Ia boleh digunakan bersama peranti Andoid 7.4 dan terkini. Samsung masih tidak mengumukan harga jualannya secara rasmi buat masa ini.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Samsung Memperkenalkan Gelang Tangan Pintar Charm Secara Rasminya"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info