Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Samsung Melancarkan RAM 6 Gigabyte LPDDR4 10 nm – Mungkin Digunakan Pada Note 6

Ura-ura Samsung Galaxy Note 6 bakal dilengkapi dengan RAM sebesar 6 Gigabyte sudah berlegar sejak dua bulan yang lalu. Samsung baru sahaja melancarkan modul RAM 6 Gigabyte LPDDR4 berteknologi 10 nm di Samsung Mobile Solutions Forum di Shenzen. Kewujudan modul ini sekaligus mengukuhkan lagi kebarangkalian ia akan digunakan pada peranti Note terkini.

galaxy-note-6-ram 1Modul RAM terbaru ini bukan sahaja lebih pantas tetapi menjimatkan penggunaan bateri berbanding edisi terdahulu. Ini pastinya akan memberikan kelebihan kepada Note 6 berbanding peranti lain di pasaran yang turut mempunyai RAM sebesar 6 Gigabyte. Samsung Galaxy Note 6 berkemungkinan besar dilancarkan pada akhir Julai hadapan dan mula dijual pada bulan Ogos. Apakah fungsi menarik yang boleh dilakukan dengan saiz RAM yang lebih besar? Ia akan diketahui dalam masa beberapa bulan sahaja lagi.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Samsung Melancarkan RAM 6 Gigabyte LPDDR4 10 nm – Mungkin Digunakan Pada Note 6"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info