Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Oculus Rift Kini Menghalang Permainannya Digunakan Pada HTC Vive

Kita sering mendengar tentang perang konsol. Sony melawan Microsoft dan beberapa dekad sebelum itu Nintendo melawan Sega. Platform yang terselamat dari peperangan ialah PC. Tetapi dengan wujudnya dua platform untuk permainan realiti maya, PC kini berdepan dengan masalah perang peranti realiti Maya.

oculus-rift-vive 2

Terdapat permainan yang dihasilkan eksklusif untuk Oculus Rift dan HTC Vive. ReVive, sebuah aplikasi buatan pengguna membenarkan permainan Rift dimainkan pada Vive. Oculus baru sahaja mengemas kini perisian Rift mereka bagi menghalang ianya dimainkan pada Vive. Menurut Oculus ini bukanlah tindakan untuk menghalang pengguna yang tidak memiliki Rift dan  menikmati permainan eksklusif tetapi hanyalah cara untuk mengelakkan cetak rompak dari berlaku. Tindakan mereka ini menerima reaksi negatif dari pengguna yang tidak mampu memiliki kedua-dua peranti realiti maya ini.

Sebelum ini pengasas Oculus, Palmer Luckey pernah dipetik berkata beliau tidak kisah sekiranya wujud mod yang membenarkan permainan Rift dimainkan pada peranti realiti maya yang lain. Oculus kini menerima saingan sengit dari HTC Vive yang memberikan pengalaman menyelami dunia maya dengan lebih realistik. Ini mungkin sebab sebenar mengapa ReVive diharamkan.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Oculus Rift Kini Menghalang Permainannya Digunakan Pada HTC Vive"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info