Fungsi dwi-tap untuk mengaktifkan skrin pada telefon pintar telah menjadi salah satu permintaan popular dikalangan pengguna. Fungsi ini sendiri bukan sesuatu yang baru pada platform Windows. Sebelum ini, Microsoft telah menawarkannya pada Windows Phone 8.1, tetapi tidak dibawa kepada Windows 10 Mobile baru – dan hanya berfungsi pada telefon pintar yang dinaik-taraf daripada Windows Phone 8.1 sahaja.
Melalui perkongsian pihak Microsoft, fungsi berkenaan dijangka hadir pada Lumia 950 XL, dan mungkin kita akan turut melihatnya hadir pada telefon flagship Lumia yang lain.
Microsoft tidak memberikan sebarang tarikh pasti untuknya, tetapi perkongsian ini mungkin mengembirakan ramai pengguna – apatah lagi ia lebih memudahkan interaksi dengan peranti berbanding perlu menekan butang kuasa yang biasanya diposisikan pada bahagian tepi atau atas peranti.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Microsoft Ingin Memperkenalkan Fungsi Dwi-Tap Pada Beberapa Peranti Windows 10 Mobile"