Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Google Mengumumkan Aplikasi Panggilan Video Untuk Android Dan iOS – Duo

Bersama-sama pengumuman aplikasi permesejan pintar Allo, pihak Google turut memperkenalkan satu lagi aplikasi pelengkap untuknya yang memfokuskan kepada panggilan video – dinamakan sebagai Duo.

Duo

Duo memfokuskan panggilan kepada pengguna lain – satu-ke-satu, dan hadir dengan paparan video pada resolusi HD. Menggunakannya, ia hadir dengan sedikit berbeza berbanding pelbagai aplikasi permesejan video lain, dimana pengguna boleh melihat terlebih dahulu apakah yang sedang dilakukan oleh pemanggil sebelum menjawab panggilan yang diterima.

Duo

Google mengatakan Duo ini dioptimasikan untuk pelbagai rangkaian dan mampu beroperasi dengan lancar walaupun pada rangkaian dengan kelajuan perlahan.

Duo ini beroperasi sebagai pelengkap kepada Allo, dan ia turut akan ditawarkan untuk Android dan iOS.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Google Mengumumkan Aplikasi Panggilan Video Untuk Android Dan iOS – Duo"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info