Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Asus Zenfone 3 Hadir Dengan Skrin 5.5-inci Dan Snapdragon 625

Disamping memperkenalkan Asus Zenfone 3 Deluxe dengan spesifikasi yang tinggi, pihak Asus turut memperkenalkan telefon pintar Zenfone 3 yang disasarkan kepada ramai pengguna di rantau Asia dan hadir dengan spesifikasi pertengahan.

Asus Zenfone 3

Asus Zenfone 3 hadir dengan skrin LCD 5.5-inci dan dijana menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 625. Ia menggunakan memori sehingga 4GB RAM, dan ruangan storan sehingga 64GB. Penggunaan ayat “sehingga” oleh pihak Asus sendiri memperlihatkan beberapa variasi akan ditawarkan – berkemungkinan untuk menepati kemampuan para pengguna Zenfone sedia ada yang ingin menaik-taraf kepada peranti generasi baru.

Untuk rakaman gambar, Asus Zenfone 3 hadir dengan lensa 16-megapixel pada bahagian belakang dan kamera 8-megapixel dihadapan. Sokongan penstabilan imej optikal turut disertakan pada peranti ini bagi memgbolehkan rakaman gambar yang jelas dilakukan pada pelbagai keadaan. Zenfone 3 turut dilengkapi dengan bateri berkapasiti 3000mAh dengan port pengecasan berasaskan USB Type-C.

Asus Zenfone 3

Seperti sebelum ini, beberapa variasi kerangka belakang turut ditawarkan – selari dengan personaliti pengguna yang inginkan lebih gaya berbanding kebiasaan.

Asus Zenfone 3 akan dijual pada harga bermula $249 [~sekitar RM1025].



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Asus Zenfone 3 Hadir Dengan Skrin 5.5-inci Dan Snapdragon 625"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info