Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Asus Zenfone 3 Deluxe Diperkenalkan Dengan Rekaan Antena Tersembunyi, 6GB RAM

Asus disamping memperkenalkan beberapa produk komputer riba dan komputer hibrid, mereka juga turut mengambil peluang untuk memperkenalkan telefon pintar terbaru dibawah keluarga Zenfone, iaitu Asus Zenfone 3.

Peranti pertama yang diperkenalkan dibawah keluarga Zenfone 3 adalah Zenfone 3 Deluxe. Ia hadir dengan skrin bersaiz 5.7-inci. Asus menekankan rekaan yang dibawakan oleh Zenfone 3 Deluxe, iaitu hadir dengan rekaan logam sepenuhnya dan mereka juga berjaya sembunyikan rekaan antena yang sering diperlihatkan oleh peranti-peranti lain.

Asus Zenfone 3

Asus Zenfone 3 hadir dengan kamera 23-megapixel dibelakang yang menggunakan sensor Sony IMX 318. Ia hadir dengan sokongan merakamkan video 4K, dan turut dilengkapi dengan sokongan autofokus berasaskan lazer dan juga PDAF. Untuk kamera hadapan, ia menyertakan kamera 8-megapixel dengan sokongan rakaman luas.

Dari segi spesifikasi, Asus Zenfone 3 Deluxe hadir dengan cip pemprosesan Snapdragon 820, GPU Adreon 520, memori 6GB RAM, dan ruangan storan 128GB. Ia turut dilengkapi dengan sokongan pengimbas cap jari pada bahagian belakang, dan bateri berkapasiti 3000mAh.

Asus Zenfone 3 Deluxe hadir dengan sokongan pengecasan pantas – membolehkan pengguna mengecas sehingga 60% dalam masa 39 minit menggunakan port pengecasan USB Type-C. Ia turut menggunakan rekaan SIM hibrid – membolehkan pengguna menggunakan sama ada kad-SIM atau mikro-SD pada slot kedua.

Asus Zenfone 3 Deluxe akan ditawarkan pada harga bermula $499 [~sekitar RM2059].



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Asus Zenfone 3 Deluxe Diperkenalkan Dengan Rekaan Antena Tersembunyi, 6GB RAM"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info