Sembang Maniac

Sembang-sembang je

TuneTalk Memberikan Data Percuma Sehingga 4GB Ketika Anda Tambah-Nilai

TuneTalk merupakan salah satu syarikat telekomunikasi tempatan yang mempunyai beberapa ganjarannya tersendiri. Mereka sebelum ini sedia memberikan ganjaran seperti percuma nilai tambahan untuk tambah-nilai, mata ganjaran, dan beberapa yang lain.

TuneTalk Madness

Terkini, mereka turut memberikan data percuma apabila pengguna membuat tambah-nilai. Melalui pengumuman terkini TuneTalk, kini apabila pengguna tambah-nilai RM10 mereka akan terima 300MB; 1.5GB untuk tambah-nilai RM30, 1.5GB dan RM10 untuk tambah-nilai RM50, dan akhir sekali sehingga 4GB data percuma untuk tambah-nilai RM100.

Untuk makluman, penawaran data sehingga 4GB untuk tambah-nilai RM100 hanya tertakluk kepada tambah-nilai melalui bank atas-talian atau aplikasi TuneTalk sahaja, sementara untuk tambah-nilai melalui kedai, hanya data sebanyak 1.5GB yang ditawarkan.

Disamping data percuma yang tinggi, pihak TuneTalk juga kini menawarkan lebih mata ganjaran melalui AirAsia BIG Points.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "TuneTalk Memberikan Data Percuma Sehingga 4GB Ketika Anda Tambah-Nilai"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info