Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Televisyen Pintar Samsung SUHD 4K 2016 Akan Ke Malaysia Menjelang Penghujung Mei

Samsung pada awal tahun ini, di CES 2016 dan juga Samsung Forum 2016, telah memperlihatkan penawaran televisyen baru mereka yang akan dipasarkan pada tahun ini. Terkini, berkongsi lanjut mengenainya, pihak Samsung Malaysia mengatakan mereka akan mula memasarkan televisyen baru mereka tersebut sekitar penghujung Mei atau awal Jun 2016 kelak.

Televisyen baru daripada Samsung ini membawakan evolusi kepada teknologi skrin yang digunakan. Samsung memanggil teknologi yang digunakan oleh mereka ini sebagai Quantum Dot.

Samsung SUHD TV

Quantum Dot menawarkan paparan warna yang sangat terang – berbeza dengan pelbagai panel paparan yang lain. Samsung menyentuh secara ringkas berkenaan bagaimana mereka mengendalikan warna. Kebiasaannya televisyen biasa menggunakan gabungan warna LED biru dengan lapisan warna kuning untuk menghasilkan warna putih. Warna putih yang asli diperlukan dalam menghasilkan warna yang lebih baik pada panel paparan.

Untuk Quantum Dot, ia menggunakan zarah kecil yang bergabung dengan LED biru untuk menghasilkan warna yang diinginkan. Ia juga menghasilkan paparan warna yang lebih jitu dan terang, sekaligus menjadikan penggunaan panel Quantum Dot pada televisyen Samsung menjadikan pelbagai gambar dan video yang ditonton lebih terang dan berwarna berbanding sebarang televisyen lain.

Samsung SUHD TV

Disamping menyentuh mengenai Quantum Dot, pihak Samsung juga turut secara ringkas berkongsi mengenai panel 4K yang digunakan mereka. Samsung mengatakan panel merekan menawarkan paparan 4K yang sebenar, dan bukannya menggunakan panel 3K seperti kebanyakkan panel yang lain. Penggunaan panel palsu yang dikatakan menawarkan paparan 4K ini tidak menghasilkan paparan yang jelas dan tajam seperti apa yang ditawarkan oleh Samsung SUHD.

Disamping hanya memfokuskan mengenai panel paparan, Samsung juga turut berkongsi dengan kami baru-baru ini berkenaan beberapa fungsi pintar yang digunakan pada televisyen mereka. Samsung SUHD TV ini menggunakan sistem operasi tersendiri berasaskan Tizen – yang mana pengguna turut boleh mengawalnya menggunakan telefon pintar melalui aplikasi khusus yang berhubung ke rangkaian WiFi sama.

Samsung SUHD TV

Samsung turut mengemaskini antaramuka Smart Hub mereka untuk memudahkan penemuan kandungan.

Samsung mengatakan televisyen pintar mereka ini akan dipasarkan di Malaysia sekitar penghujung Mei atau Jun kelak. Beberapa variasi saiz akan disediakan. Samsung turut mengesahkan televisyen pintar mereka ini akan menyokong siaran digital Malaysia yang akan diimplementasikan secara menyeluruh tidak lama lagi.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Televisyen Pintar Samsung SUHD 4K 2016 Akan Ke Malaysia Menjelang Penghujung Mei"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info