Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Rockstar Games Disaman $150 Juta Oleh Bekas Presiden

Leslie Benzies ialah nama yang sinonim dengan permainan Grand Theft Auto keluaran Rockstar Games.  Beliau ialah antara individu yang pertanggungjawabkan menghasilkan kesemua permainan di dalam siri sejak GTA III dan turut terlibat dengan penghasilan Red Dead Redemption serta Max Payne 3. Beliau meninggalkan Rockstar Januari lalu secara mengejut. Kini sebab beliau meninggalkan studio ternama ini diketahui dan ia mungkin menyebabkan Rockstar kerugian ratusan juta Dollar.

Leslie Benzies

Leslie Benzies menyaman Rockstar kerana dikatakan gagal membayar royalti kepada milik yang mencecah $150 Juta (~RM 577 Juta). Di dalam saman yang difailkan, beliau menuduh Take Two Interactive, pemilik Rockstar serta bekas teman sekerja Sam dan Dan Houser menidakkan hak beliau untuk mendapat bayaran setimpal atas kerja yang dilakukan. Di dalam kontrak perjanjian pekerjaan yang ditandatangani pada tahun 2008, beliau berhak mendapat perkongsian keuntungan kesemua permainan yang dihasilkan. GTA V sahaja dilaporkan berjaya mengaut jualan berjumlah berbillion dollar dengan lebih 60 Juta salinan terjual.

Leslie dipaksa mengambil cuti panjang selepas GTA V mula dijual dan sekembalinya dari percutian kad akses ke pejabat beliau tidak lagi berfungsi. Beliau kemudian diberitahu bahawa perkhidmatan beliau tidak lagi diperlukan dan kerana melanggar syarat kontrak tidak layak menerima royalti yang dijanjikan.

Pertelagahan seperti ini amat biasa kita lihat apabila syarikat menjadi terlalu menguntungkan. Eduardo Severin berjaya menyaman Mark Zuckerberg kerana mengurangkan pegangan saham beliau apabila Facebook mula mendapat perhatian pelabur. Pada waktu yang sama Steve Jobs juga enggan memberikan saham kepada beberapa pengasas awal Apple Computer selepas syarikat disenaraikan di bursa saham.  Apa yang kita boleh pelajari dari tiga kes besar ini ialah, persahabatan akan mudah musnah apabila wang mula menjadi kiblat hidup.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Rockstar Games Disaman $150 Juta Oleh Bekas Presiden"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info