Sudah masuk suku kedua 2016 dan semakin ramai pengeluar akhirnya memberikan kemas kini ke Android Marshmallow. Awal minggu ini Sony mula memberikan kemas kini Marshmallow untuk Xperia Z3. Z3 Compact dan Z2. Hari ini Lenovo pula memberikan kemas kini untuk peranti A7000 mereka. Telefon pintar ini ialah peranti pertama di dunia yang menyokong sistem audio Dolby Atmos.
Buat masa ini kemas kini sebesar 1.3 Gigabyte yang diberikan secara OTA sudah diterima oleh pengguna di India. Pengguna di pasaran lain pastinya akan menyusul. Sekiranya anda memiliki peranti Lenovo dan ingin mengetahui sama ada peranti anda akan menerima Marshmallow, anda boleh membaca senarai lengkapnya di sini.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Lenovo A7000 Mula Menerima Kemas Kini Marshmallow"