Sembang Maniac

Sembang-sembang je

HP Mengumumkan Beberapa Peranti Baru Untuk Rantau Asia – Termasuk HP Spectre

HP pada minggu ini telah mengadakan acara khas di Macau, memperkenalkan sejumlah produk pencetak baru mereka – termasuk pencetak yang turut boleh digunakan sebagai Powerbank. Disamping produk pencetak, HP juga turut memperkenalkan beberapa produk komputer mereka yang akan hadir ke pasaran Asia tidak lama lagi.

HP Komputer

Produk utama yang mencuri perhatian ramai adalah HP Spectreyang turut diumumkan secara rasminya oleh HP pada awal minggu ini.

HP Spectre membawakan rekaan yang sangat nipis, tetapi membawakan penawaran spesifikasi yang tinggi. Ia dijana dengan cip Intel Core, skrin bersaiz 13.3-inci, menawarkan ruangan pengecasan dan port berasaskan USB Type-C, dan hanya setebal 10.4mm sahaja.

HP Spectre

Dari segi perbandingan, ia jauh lebih kecil daripada duit 5 sen kita. Walaupun nipis, HP mengatakan ia mampu menawarkan masa penggunaan mencapai 9 jam lamanya. Ia turut menggunakan logo baru, dan menurut HP, logo baru ini menandakan produk premium mereka, sementara logo sedia ada akan digunakan pada penawaran produk umum mereka.

HP Spectre

Disamping HP Spectre, pihak HP turut mengumumkan telefon pintar berasaskan Windows 10 Mobile mereka, iaitu HP Elite X3. Ia hadir dengan sokongan dock yang membolehkan pengguna mengubah ia menjadi pengalaman penggunaan komputer penuh apabila dihubungkan kepada monitor. Aksesori tambahan seperti lapdock turut disediakan yang membolehkan HP Elite x3 ini digunakan sebagai komputer riba.

HP Elite X3

Baca : Pandang Pertama HP Elite x3

Untuk pengguna komersial juga, pihak HP memperkenalkan HP EliteBook Folio yang hadir dengan rekaan yang nipis dan rekaan premium. Ia membawakan ketebalan 12.4mm, dan berat kurang daripada 1kg untuk memudahkan pengguna membawanya kemana-mana.

HP Komputer

Komputer riba ini turut hadir dengan cip Intel Core M vPro, sistem operasi Windows 10, dan masa penggunaan bateri sehingga 10 jam lamanya. HP EliteBook Folio ini turut hadir dengan menggunakan port USB Type-C padanya, dan skrin bersaiz 12.5-inci.

HP buat masa ini sekadar mengumumkan ia untuk pasaran Asia sahaja, dan masih belum memberikan tarikh pasti untuk pelancarannya di Malaysia. Harga jualannya juga masih menjadi tanda tanya buat masa ini.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "HP Mengumumkan Beberapa Peranti Baru Untuk Rantau Asia – Termasuk HP Spectre"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info