Sembang Maniac

Sembang-sembang je

HP Bakal Melancarkan Komputer Riba Ternipis Pada Minggu Ini

HP boleh dikatakan agak senyap sejak dariapda membahagikan syarikat mereka kepada dua. Mereka telah hadir dengan beberapa produk baru, termasuk telefon pintar Windows 10 Mobile – tetapi ia lebih ditujukan kepada pengguna perusahaan.

Terkini, HP dilihat bakal memperkenalkan sejumlah produk baru mereka pada minggu ini, termasuk salah satunya adalah komputer riba yang paling nipis.

HP sebelum ini telah hadir dengan rekaan komputer riba yang sangat premium, dan kini, lebih kurang seperti Macbook Air dan beberapa komputer riba lain, mereka turut dilihat memfokuskan kepada rekaan yang sangat nipis untuk memudahkan pengguna membawanya kemana-mana.

Seperti ramai sedia maklum, pasaran komputer riba semakin merudum dari hari ke hari, apatah lagi dengan pengguna membuat pelbagai tugasan terus menggunakan tablet mahupun telefon pintar.

Apakah ciri-ciri menarik yang akan dibawakan oleh komputer riba nipis daripada HP ini masih tidak diketahui, dan kita akan mendengar lebih lanjut mengenainya tidak lama lagi.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "HP Bakal Melancarkan Komputer Riba Ternipis Pada Minggu Ini"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info