Sembang Maniac

Sembang-sembang je

BBM Kini Menawarkan Fungsi Berbayar Secara Percuma

BlackBerry terkenal dengan penawaran BBM lebih kurang sedekad yang lepas. Namun, ia menjadi kurang popular dari hari ke hari dengan kehadiran pelbagai aplikasi permesejan lain yang ditawarkan untuk pelbagai platform.

Dalam usaha bersaing, BlackBerry telah memperkenalkan BBM untuk Android dan iPhone – serta pada masa yang sama hadir dengan beberapa fungsi premium yang lebih memfokuskan kepada privasi.

BBM Android

Terkini, melalui kemaskini baru, BBM dilihat menawarkan dua fungsi berbayar mereka secara percuma kepada pengguna Android dan iPhone. Dua fungsi yang ditawarkan secara percuma adalah fungsi yang dinamakan sebagai Retract dan juga Timer.

Melalui Retract, ia membolehkan pengguna memadam mesej atau media yang telah dihantar kepada seseorang sebelum ia dibuka oleh penerimanya. Sementara untuk Timer pula, ia menawarkan kebolehan menghantar mesej atau media dengan jangka hayat terhad, dan ia akan hilang selepas sesuatu ketika.

Disamping pengenalan fungsi berbayar ini secara percuma, pihak BBM juga kini menawarkan kualiti panggilan BBM Voice yang lebih baik berbanding sebelumnya.

Ia tidak diketahui sama ada pengguna akan tertarik dengan penawaran ini ataupun mereka akan kekal menggunakan beberapa alternatif lain – terutamanya WhatsApp dan WeChat.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "BBM Kini Menawarkan Fungsi Berbayar Secara Percuma"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info