Apple hari ini telah menerbitkan sebuah halaman pada laman rasmi mereka, dan padanya mereka menggunakan jenama MacOS untuk sistem operasi komputer mereka, menggantikan penggunaan nama OS X sebelum ini.
Pihak Apple masih tidak mengumumkan penggunaan nama ini secara rasminya, tetapi mungkin ia telah dijangka oleh kebanyakkan pengguna.
Apple sebelum ini telah menggunakan nama tvOS untuk sistem operasi Apple TV mereka, watchOS untuk sistem operasi Apple Watch, dan iOS untuk peranti mudah-alih mereka. Selepas ini, kita mungkin akan melihat Apple mengumumkan penggunaan nama macOS ketika acara WWDC bulan Jun 2016 kelak.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Apple Memberikan Petanda OS X Akan Kelak Dijenamakan Sebagai MacOS"