Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Vivo XPlay 5 Diperkenalkan – Snapdragon 820, Memori 6GB RAM, Storan 128GB, Skrin Melengkung 2K

Vivo hari ini telah memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka, iaitu Vivo XPlay 5. Vivo memfokuskan kepada penawaran spesifikasi tinggi pada telefon pintar ini, dan pada masa yang sama menawarkan rekaan skrin melengkung pada bahagian tepi peranti seumpama Galaxy S7 Edge.

Vivo XPlay 5 hadir dengan cip pemprosesan Snapdragon 820, memori 6GB RAM, dan ruangan storan 128GB. Vivo dilihat memfokuskan kepada penawaran spesifikasi tinggi, dan menjadi terawal memperkenalkan telefon pintar dengan memori mencapai 6GB RAM.

Vivo Xplay 5

Untuk skrin telefon, ia hadir dengan skrin bersaiz 5.43-inci Super AMOLED yang mana melengkung pada bahagian tepi. Ia menawarkan resolusi 2K< dan seperti biasa, dilengkapi dengan teknologi Corning Gorilla Glass. Melengkapkan peranti ini adalah kamera belakang 16-megapixel dengan sensor Sony IMX298 f/2.0, serta kamera hadapan 8-megapixel. Vivo menggunakan bateri berkapasiti 3600mAh dan turut menawarkan sokongan pengecasan pantas. Seperti kebanyakkan telefon pintar baru, Vivo XPlay 5 turut dilengkapi port pengecasan USB Type-C. Vivo Xplay 5

Vivo Xplay 5

Vivo menyokong dwi-SIM, serta seperti peranti Vivo yang lain, ia turut hadir dengan sokongan audio Hi-Fi untuk menawarkan pengalaman mendengar media yang baik kepada pengguna.

Vivo Xplay 5 ini akan dijual pada harga RMB4288 (~RM2719). Harga jualannya boleh dikatakan agak tinggi.

Untuk pengguna yang inginkan penawaran yang lebih kurang sama, tetapi pada spesifikasi yang rendah, pihak Vivo menyediakan Xplay 5 Standard Edition dengan memori 4GB RAM serta cip Snapdragon 652 pada harga RMB3698 (~RM2345).



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Vivo XPlay 5 Diperkenalkan – Snapdragon 820, Memori 6GB RAM, Storan 128GB, Skrin Melengkung 2K"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info