Sembang Maniac

Sembang-sembang je

University Of California Irvine Menawarkan Biasiswa Untuk Atlet League of Legends

Adakah lumrah manusia apabila memasuki universiti, tujuan utamanya ialah untuk mendapatkan segulung ijazah yang kemudian menjadi tiket untuk kerjaya yang baik. Jika anda tidak bernasib baik, anda akan menjadi penulis laman teknologi seperti saya. Jarang sekali kita dengar di Malaysia individu memasuki universiti untuk tujuan bersukan apatah lagi untuk bermain permainan video sepenuh masa.

University-California-IrvineDi Amerika Syarikat ini adalah normal kerana kehebatan bersukan juga menjadi sumber kebanggaan warga universiti selain kedudukan mereka di tangga akademik. University Of California Irvine, universiti di tangga ke-61 dunia melakukan sesuatu yang unik kerana mula menawarkan biasiswa pelajaran kepada atlet yang mahir di dalam permainan League of Legends. Mereka melihat atlet e-sukan ini setanding dengan atlet sukan tradisional oleh itu layak menerima biasiswa. Atlet ini kemudian akan mewakili universiti di pertandingan e-sukan seluruh Amerika Syarikat.

Ini ialah situasi yang menguntungkan kedua-dua belah pihak. Pelajar mendapat pelajaran percuma dan menerima sokongan profesional dari universiti. Universiti pula boleh mendapatkan penajaan sekaligus menaikkan nama kolej di dalam dunia e-sukan.

Tidak mengejutkan sekiranya apa yang berlaku di UC Irvine ini wujud di universiti tempatan. Lapan universiti di Malaysia sudahpun mempunyai kelab e-sukan rasmi yang disokong oleh pihak pengurusan dan berdaftar dengan eSports Malaysia. Sudah tiba masanya masyarakat mengubah persepsi bahawa golongan gila permainan ini tidak semestinya perlu mengabaikan akademik.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "University Of California Irvine Menawarkan Biasiswa Untuk Atlet League of Legends"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info