Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Amazon Dilaporkan Dalam Perbincangan Untuk Mendapatkan Pegangan Dalam HERE

Nokia sebelum ini telah menjual teknologi pemetaan mereka, HERE kepada sebuah konsortium yang terdiri daripada pengeluar kenderaan dari Jerman. Kini, ia dikatakan Amazon sedang dalam perbincangan bersama konsortium berkenaan untuk mendapatkan pegangan dalam HERE.

Penyertaan dan mendapatkan pegangan dalam HERE akan memberikan beberapa kelebihan kepada Amazon. Ini termasuk akan memudahkan lagi dalam perkhidmatan logistik Amazon untuk menghantar barangan kepada pengguna – apatah lagi dengan ramai penyedia e-dagang sedang dalam usaha automasikan perkara berkenaan.

Disamping itu, ini juga akan memberikan pilihan kepada HERE untuk menggunakan penawaran Amazon untuk perkomputeran awan mereka.

Buat masa ini, konsortium berkenaan terdiri daripada Audi, Daimler, dan juga BMW. Selain mereka, beberapa syarikat lain turut dalam perbincangan sama, termasuk Continental dan juga Ford.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Amazon Dilaporkan Dalam Perbincangan Untuk Mendapatkan Pegangan Dalam HERE"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info